About Me - Siapa Saya

Assalamualaikum.

Salam perkenalan buat bloggers dan kawan2 yang sudi singgah ke blog comel saya ini. Jom kenali pemilik blog aainaa-nadirah.com

Siapa Saya?
Nama penuh saya, Nurul Aainaa Nadirah Bt Zainul Fuad. Dilahirkan pada tahun 1984. Berasal dari Pahang dan kini menetap di Puchong Selangor. Berkahwin pada tahun 2007 kepada Helmi B. Ismail dan memiliki 3 cahaya mana puteri. Saya merupakan Suri Rumah sepenuh masa dan saya menjana income 4 angka hanya dari rumah.

Latarbelakang Pendidikan Saya?
Saya bersekolah di Sek. Keb. Abu Bakar Mentakab & Sek. Keb. Batu Kapor Mentakab semasa sekolah rendah. Melanjutkan tingkatan satu di Sek. Men. Keb. Agama Pahang Muadzam Shah sehingga tingkat tiga. Kemudian menyambung tingkatan 4 di Sek. Men. Teknik 1 Kuantan, Pahang. Kemudian saya menyambung pendidikan saya di Universiti Tenaga Nasional, Bangi pada tahun 2001.

Pekerjaan Saya?
Pekerjaan pertama saya ialah sebagai cashier di sebuah kedai kek di Mentakab, Pahang. Saya memilih bekerja di situ kerana minat saya pada dunia bakery & pastry. Di situ saya mengutip banyak pengalaman berharga. Kemudian, saya ditawarkan pekerjaan tetap di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya pada tahun 2004 sehingga 2013. Kemudian saya bertukar ke Kementerian Pendidikan Tinggi yang kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Apakah Minat Saya?
Seperti yang sebutkan tadi, saya sangat meminati bidang bakery & pastry. Buat masa ini, saya sedang menjalankan perniagaan home-based bakery. Saya mengambil tempahan kek dan dessert dan hanya mengusahakannya dari rumah. Ada boleh melihat hasil tangan saya di page FB - Aainaa's Bakehouz.

Saya juga sukakan perniagaan Shaklee. Sekarang, saya sedang aktif bersama kumpulan Shaklee saya iaitu Jutawan Mega Shaklee. Bersama kumpulan ini, kami aktif berkongsi tentang kebaikan suplemen Shaklee dan keuntungan menyertai perniagaan Shaklee kepada orang ramai. Secara umumnya, saya telah bersama Shaklee sejak Ogos 2012 dan sehingga kini saya masih setia dan semakin jatuh cinta dengan produk ini.

Apakah Impian Saya?
Saya impikan sebuah keluarga yang selamanya bahagia. Diserikan anak2 yang soleh dan solehah dan suami yang sentiasa mencintai saya. Saya impikan kehidupan yang lebih baik. Financial freedom, time flexible bersama famili. Saya gembira dapat membantu dan memberi kepada insan2 yg memerlukan, ibu bapa dan keluarga, kawan2 dan anak buah JMS saya. InsyaAllah WAHM to be. Ameen.

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment