Lahirnya Seorang Muhammad ~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni 13 April genaplah saya berpantang selama 44 hari. Syukur Alhamdulillah saya sihat sepanjang berpantang, baby pun sihat =)

28 Februari 2015, kami keluar awal pagi ke Azzahrah Bangi untuk rutin check up biasa. Masa ni saya dah 38 minggu. Kami keluar takde bawak pulak beg2 baju semua. Hehe. Sebab tak jangka akan bersalin petang tu. Kami berlima keluar rumah tanpa sarapan sebab nak cepat ambil no. giliran. Saya sempat minum ESP + Meal Shakes + Performance Max je masa tu.

Sampai Azzahrah pun dah 9 lebih. So confirm la kul 12 nanti baru dapat jumpa doc =(. Kalau u all check up kat klinik pakar, better datang awal, amik no sebelum jam 9 ok. The best ambil no kul 8 pagi. Sementara saya menunggu tu, husband bawak anak-anak dara kami makan. Saya sempat makan choc yang ada dalam beg je. Lamaaa sangat menunggu. Pinggang pun start sakit dah. Dan tepat jangkaan saya, kul 12 lebih baru saya dapat jupa doc Noraini =)

Ni la first time dpt jumpa Doc Noraini setelah 2x check up di klinik pakar. Sebelum ni hanya checkup dengan doc ganti. Doc terus tanya sihat ke, ada sakit-sakit ke... sebab dah 38 minggu kan, tambahan pula ini kelahiran yang ke empat. So, saya cuma bgtau ada sakit pinggang dua malam lepas. Then, doc cakap nak check jalan. Setel scan baby, doc pun buat VE. Dan, sah! Doc kata jalan dah buka 5cm! hampir 6cm!

Adehhh, rasa terjelepuk kejap. Barang tak bawak, mental emosi tak ready..doc dah suh check in wad dah. Bateri fon saya dan husband pun dah kong. Tapi nasib baik sempat inform mak-mak dan yang lain2.. First, doc suh buat CTG. So time ni, kami dah berpecah. Husband balik rumah dengan anak-anak untuk ambil semua barang. Saya sorang2 uruskan yang patut. Dari buat CTG, sampai daftar wad. Masa ni dah ada rasa contraction sikit-sikit. Dalam kul 2ptg, husband sampai.. kami lunch dulu. Kul 3pm baru masuk wad. Sampai wad, saya sempat solat, cas telefon, minum ESP + Meal Shakes (untuk tenaga) dan makan Ostematrix 4 biji, dan tak lupa juga air Anugerah. Air zamzam lupa bawak. Huhu. 

Untuk pakej bersalin di sini, kami amik Pakej Ummi. RM1688+, 2 beded. So ini lah biliknya. Sempat la saya salin uniform hospital, nurse datang nak masukkan ubat utk membuang. Then, dalam 4 petang, nurse bgtau nak tolak ke Labour Room. Cuak tiba-tiba. Mcm cepat sangat. Mil pun tak sampai lagi ni.

Masuk LR sorang-sorang. Husband terpaksa tunggu kat luar sebab tiga anak dara kami takde orang nak jaga. Nurse datang, kata nak induce. Saya tanya juga kenapa nak induce. Kalo bole mmg saya x nak laa.. then nurse kata doc suh induce supaya cepat bersalin. Aduhaiii. Katanya lagi sebab jalan dah besar tp contraction tak kuat. Tabah je laaa walaupun awalnya saya tolak.

Dan tanpa disangka-sangka, saya demam! Suhu badan saya cecah 38 degree. Terpaksa laaaa masuk antibiotik pulak. Hehe..macam2. Dah la suami tiada di sisi masa tu. Sambil tahan sakit, sambil berwassap dgn husband kat luar LR. Sepanjang masa demam tiba-tiba tu, bidan la yang banyak suapkan air, lap-lapkan badan. Terharu tau. Hehe.

Bidan bgtau, kedudukan baby senget ke kanan dan mendongak. Jenuh la saya disuruh mengiring ke kanan, ke kiri. Dan banyak kali gak laaaa kena VE disebabkan contraction yg sangat kuat. Bersalin kali ni sangat menduga kekuatan saya sebagai wanita. Cehhh! Memang mencabar. Sakitnya lain macam. Mengikut kata doc, sakit lain macam tu disebabkan kedudukan baby. Dan, saya tak menolak apa yang kawan saya bgtau, melahirkan baby boy mmg sakitnya kuat. Yelaa... selama ni beranak anak dara je kan. Takde la sakit macam ni. Hehe.

Akhirnya dalam jam 6 petang, husband saya berjaya meloloskan diri masuk LR, sebab Mertua dan adik ipar dah sampai dari Temerloh. Alhamdulillah. Masa husband masuk tu pun saya dah tak tertahan sakit dah. Tak lama lepas tu, Doc Noraini pun masuk utk mulakan procedure kelahiran....

Detik-detik mencabar. Saya rasa payah sangat nak keluarkn boboi sorang ni. Push push tak keluar. Yelahh... baby pun duk senget. Tak center. Memang tak tahan sakit. Sampai saya mintak Czer! Haha... sebenarnya, nak czer mmg bukan pilihan sb dah tentunya kos dia tinggi. Tapi, Doc Noraini bagus. Dia tetap yakin saya boleh bersalin normal. Akhirnya, saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.5kg secara vacum (huhu) pada jam 6.36pm. Terpaksa laaaa vacum. Sebab baby tak nak turun. Hehe. Dan tak pasal-pasal kena gunting. Huhu.

Alhamdulillah, husband dapat peluang untuk gunting sendiri tali pusat anaknya =) Nurse pun terkejut sb baby 3.5kg. Doc jangka dalam 3kg je. Ditambah pulak saiz badan saya ni kecik je. Berat saya pada hari nak bersalin tu pun 48kg je. Saya pun mmg tak tinggi. Hehe. Tu laa..cukup vitamin budak nih.

Alhamdulillah, lahir dah seorang Muhammad setelah tiga Nur sebelum ni. Hehe. Setelah selesai semuanya, Satu ciuman di dahi dari husband sebagai ucapan terima kasih dan satu ciuman di dahi dari Doc Noraini sebagai tahniah =) Sweet je momen tu.

Oh ye.. overall bersalin kat sini memang best. Bidan pun sangat baik. Setiap kali buat VE, disertakan doa dan zikir. Bila kita sakit, dia tenteram kan kita dengan zikir sambil usap kita. Tenang je. Dalam LR pun ada alunan ayat suci Al-Quran. Aurat kita kat sini pun terjaga. Alhamdulillah...

Waktu maghrib, saya dibawa naik ke wad. Mak, abah mertua ngan adik ipar, suami dan anak2 semua dah tunggu kat wad. Hehe.. Rasa tak rock la jumpa orang time terlantar nih. Hihi.


Saya request baby room in. Sebab nak bf kan. Lagi satu rasa tenteram tgk anak depan mata. Oh ye, lepas settle semua hal kat wad, saya telan lagi 4 biji Ostematrix utk legakan sakit pinggang. Memang sakit pinggang sangat. Orang kata, kalau vacum mmg sakit pinggang. Huhu..

Parent saya dan dua adik perempuan saya ada datang malam tu. Husband saya pulak, bawak mak abah, adik dan anak2 balik rumah malam tu, dan datang balik ke wad untuk temankan saya. Sian dia... tidur atas lantai beralaskan sejadah je. Huhu. Tak teringat nak bawak toto. Hehe. Part ni kena ada budi bicara dgn rakan sebilik. Hihi...

Alhamdulillah, selepas bersalin kali ni takde rasa nak pitam-pitam, gelap-gelap mata. Badan pun rasa bertenaga, cergas je. Banyangkan lah, saya tak tidur sejak selamat melahirkan sehingga jam 2 pagi. Jenuh saya paksa diri saya tidur, akhirnya dapat la tidur sejam. Pastu saya terjaga, terus tak dapat tidur. Haha. Hebat penangan vitamin Shaklee =D Sebab, kalau diikutkan, mau lembik gak saya lepas bersalin tu sebab proses nak meneran tu lama dan saya banyak kali meneran disebabkan kedudukan baby yang tak lurus, dan darah pun banyak keluar kali ni. Tapi Alhamdulillah lepas baby keluar tu, saya takde rasa penat, nak tidur dan pening. Doc offer ubat tidut untuk saya rehat pun, saya taknak.

Esoknya saya dibenarkan balik rumah. Happy sangat dapat balik =) Nak balik tu pun nurse tolak guna wheelchair. Round jap sampai ke nurseri baby untuk ambil baby. Nak keluar hospital pun diiringi dua orang nurse yang cun. Sorang tolak wheelchair, sorang pegang baby =)

Balik rumah, saya ditempatkan di bilik bawah. Haha... padahal sendiri tempatkan diri sendiri. Bilik ni memang saya dah prepare untuk saya menginap sepanjang berpantang. Vitamin-vitamin, air, breastpump semua letak tepi katil. Saya hanya amalkan vitamin Shaklee sebagai set berpantang saya. Selain tu, bertungku, berbarut tu memang wajib.

Okey, setakat ni dulu kisah pengalaman melahirkan Muhammad Adam Danial di Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi. Secara keseluruhan, saya puas hati bersalin di sini. InsyaAllah kalau ada rezeki anak lagi, nak bersalin di sini lagi =D

Anak ke empat saya, Semestinya baby Shaklee =)

0 Yang Cantik Jelita Komen:

Post a Comment