OmegaGuard

Asid Lemak Omega-3 (EPA & DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan dan tumbesaran manusia. Tambahan lagi, asid lemak Omega-3 dapat menyokong kesihatan jantung, mata dan fungsi sendi.

Menyokong Kesihatan Jantung*
Peranan penting asid lemak Omega-3 dalam kesihatan jantung tidak dapat disangkal lagi. Menerusi satu kajian yang belum konklusif menunjukkan bahawa pengambilan EPA dan DHA di dalam asid lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung termasuk mengekalkan kolesterol baik dan tahap tekanan darah normal.*

Menggalakkan Fungsi Otak yang Sihat
Asid Lemak Omega-3 merupakan struktur bagi komponen sel-sel pada sistem saraf pusat dan juga nutrien terpenting bagi perkembangan otak yang sihat. DHA pula merupakan asas asid lemak omega-3 bagi perkembangan otak, sistem saraf dan mata, terutamanya kepada bayi. Bagi orang dewasa pula, terdapat kajian yang menyatakan minyak ikan mempunyai hubungkait dalam meningkatkan daya ingatan, mengingat kisah lampau dan daya tumpuan.

Menyokong Fungsi Sendi Sihat
Asid Lemak Omega-3 juga dapat menyokong dalam kesihatan fungsi sendi dan pergerakan tubuh. Apabila sesendi bergeser, lemak omega -3 boleh diumpamakan sebagai minyak pelincir bagi membantu mereka bergerak secara bebas.

OmegaGuard Shaklee Pilihan Saya ♥

 
Shaklee OmegaGuard merupakan suplement pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA.
 
Ultra tulen dan Berkualiti Tinggi
Ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan=bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.
 
Sumber : Shaklee
 
Aainaa Nadirah
Shaklee ID : 885565

0 wok wek wok wek:

Post a Comment

 
Copyright © My Soul, My Life, My Journey... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in